Waktu di Majlis Perkahwinan, itulah kali pertama aku melihatmu. Malam yang penuh dengan kemeriahan suasana majlis pengantin baru. Mataku menarik melihatmu. Gayamu, pandanganmu & caramu betul betul memikat hatiku.
Senyuman yang diberikan membuatkan hatiku berbunga. Aku cuma menunduk malu. Sekelip mata engkau hilang di dalam kehadiran orang yang ramai. Aku mula mencari tanpa menggerakkan tubuhku. Mataku memilau mencari kelibatmu. Lama mencari, lansung hilang harapanku. Gusar dan Kecewa hanya dapatku ungkapkan.
engkau hilang dihanyutkan orang ramai.
Tiba-tiba:
Click! Click! Click!
Aku menoleh ke belakang. Engkau berada disitu, sambil mengambil gambar raja sehari yang berada di sudut halaman bertentangan denganku. Sekali lagi engkau memberikan senyuman yang begitu manis. Aku membalas senyuman dengan penuh ikhlas. Sungguh berbunga hatiku. Aku terus melangkahkan kaki menuju ke dalam rumah untuk duduk santai bersama rakanku. Aku bercerita tentangmu. Bagaikan suatu berita yang amat luar biasa inginku hebahkan. Namun, sekelip mata perasaanku kosong. Aku biarkan saja perasaan ini pudar. Aku terus beristighfar. Aku lalai kerana cinta pada Yang Maha Esa tiada tandingannya dengan cinta manusia.
Keesokkan harinya, aku membantu saudara-maraku untuk majlis persandingan pengantin yang sama. Sedikit demi sedikit majlis dipenuhi dengan sahabat handai dan keluarga pengantin. Tanpa diduga, sekali lagi aku melihatmu. Terkejut. adakah ini jodoh? atau secara kebetulan? Dari jauh engkau telah melemparkan senyuman. Aku terus mengalihkan muka, aku kuatkan hatiku bahawa engkau hanya orang biasa.tika sibuk aku mengemas. engkau berada dihadapanku. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirmu. aku terus beralih lagi. Malas ingin ku melayan.
"Lain macam je mamat ni,". Terdetik di hatiku.
Aku terus beredar, membiarkan engkau keseorangn tercegat di situ. Di situlah penamat aku mengenali dan mengingatimu
Hari demi hari berlalu,
Aku mendapat kad jemputan perkahwinan dari seseorang.Aku menandakan SOMEONE'S WEEDING di dalam buku jadual harianku.
Tibanya hari tersebut, baju kebaya lama bewarna coklat yang ku pakai menenggelamkanku diriku dengan selautan kehadiran orang-orang BERADA yang turut hadir. Malam yang dingin ini, membuatkanku terasa sungguh kecil jika dibandingkan dengan mereka. Aku terus menjamah makanan, masih terasa hina diriku. Semua menolehku bagaikan aku adalah makhluk asing. Aku terpaksa mebalkan muka dan membawa diriku ke ruang tamu istana besar ini.
Aku terus menanya diriku, "siapakah yang menjemputku? Walhal, aku lansung tidak mengenalinya, "
Aku duduk di suatu sudut keseorangan sambil memandang sekeliling rumah yang cukup mewah. Dek terlalu memerhati keadaan sekeliling. Hatiku tiba-tiba berdegup laju. Pantas, bagaikan tida hadnya untuk berhenti. Tubuhku kaku, lidahku kelu. Seorang insan yang pernah menambat hatiku dengan hanya senyuman telah berdiri tegak sambil memandangku. Satu lagi ukiran bibir tersenyum dihadiahkan.
"Takkan ni rumah dia? Ke aku yang salah rumah?'' aku bermonolog sendirian.
Tanpa disedari mata kami yang bertentangan seketika dan terhalang dengan keriuhan para tetamu. Mukaku yang berkulit sawo matang menjadi kemerah-merahan. Aku membetulkan tudungku tanda menutup malu. Dia terus menuju ke tempat lain untuk menyambut tetamu dan menambahkan hasil gambarnya seperti pertama kali aku melihatnya. Setelah, pengantin selamat diijab kabulkan, aku pantas untuk melarikan diri dengan jayanya, aku sempat meloloskan diri daripada pandangannya.
Setelah sampai di rumah, aku terus membersihkan diri. Terasa hanyut diriku pabila badanku rebah di tilam yang empuk. Aku masih tidak berasa mengantuk, terusku fikirkan. Patutkah aku menghadiri majlis persandingan yang pada hari berikutnya. Sambil memandang kad jemputan tersebut, aku terus bertekad untuk tidak pergi.
Pagi yang indah, membuatkan aku berasa begitu tenang. sambil menjamah sarapanku. Telefonku pula berbunyi. Bella,Saudara rapatku menelefonku. Katanya, ada sebuah majlis perkahwinan untuk aku hadiri.
"tak habis-habis orang jemput aku p tengok kahwin. aku kahwin entah bila lah nanti. ish, Sabo jela. Rezeki namaya ni. Hihi''
Setelah siap, aku pun memulakan perjalanan bersama saudaraku yang memandu kenderaannya sendiri. aku hanya menumpang. Setelah 3 jam perjalanan tidak menyedarkan diri, akhirnya aku buka mataku dengan sebuah kejutan.
"YA ALLAH, MENGAPA DIA LAGI?"
Rumah yang sama.
"Aduh, Bell, kenapa kau tak cakap kau nak pergi rumah ni?" aku menaya sambil membetulkan tudungku yang senget.
"kenapa pulak? dah orang jemput datang jelah. Kau pun memang suka datang kat majlis-majlis perkahwinan orang kan, aku pun bawaklah, " kata Bell yang sedang mengoles bedak asas di mukanya.
dengan terpaksa aku menghadiri majlis tersebut sekali lagi. setelah sekian lama aku cuba menyorokkan diri. Akhirnya, aku tewas juga. Lirikkan matanya yang menggoda membuatku kaku seketika. Dia menghampiriku, berda di hadapanku. Dia senyum, aku turut senyum dengan muka yang kaget. Kami bertentangan mata. Bella hilang di sisi. Tanpa disedari, ramai tetamu memandang ke arah kami. Hatiku betul-betul berbunga. Tidak pernah aku merasa perassan sebegini. Bagaikan dunia ini hanya milikku sahaja. Aku betul-betul tertawan. Adakah ini dikatakan cinta pandang pertama?
Tiba-tiba seorang gadis jelita mendekatinya,
"sayang, penat i cari you tau, you pergi mana? jom teman i makan, i lapar ni" katanya dengan gaya yang manja dan dia terus menarik Dia membawa ke tempat yang lain.
sebelum mereka melangkah pergi. Gadis tersebut mengambil segelas air dan simbah ke muka ku. " hei perempuan! kau jangan nak menggatal dengan boyfriend aku. Dahlah hodoh! miskin! ADA HATI NAK SAMA TARAF DENGAN KITAORANG! SEDARLAH SIKIT! "
semua menoleh kearahku. Aku kuatkan diri. Aku terus menarik BELLA untuk pulang. Aku akur. Mataku mula panas, setitis demi setitis air mataku turun membasahi pipi. Dengan tersak-esak aku menagis. Aku menagis semahunya.
Ya Allah, kenapa semuanya jadi begini? Mengapa engkau temukan aku dengan dia jika akhirnya akan menyakiti hati ku sendiri? Adakah ini sebuah lakonan Ya Allah? atau sebuah penipuan dari dia? baru sahaja aku merasakn indahnya dunia ini. Indahnya cinta ini. Tapi semuanya hancur dengan senyuman palsunya. Mengapa? mengapa? mengapa mesti engkau meinpu ku? tahukah engkau hatiku sudah tertarik padamu sejak pertama kali kita berjumpa. Mengapa? Jawablah persoalan aku ini. Adakah sebab aku tidak secantik gadis itu? adakah aku tidak sekaya engkau dan dia? jawablah.... jawablah!, mengapa mesti engkau menipuku dengan senyumanmu.
Aku menangis semahunya. Sehingga hari ini, aku masih mengingati dia agar tidak terlalai dengan cinta yang fana. Aku berjanji akan melupakanmu. Terima kasih kerana manjadi seorang penipu yang berjaya. sebuah penipuan senyuman yang mampu melukakanku.
terima kasih, aku akn kuatkan diri dan mengotakan janjiku untuk menghapuskan dirimu dalam ingatanku,
INSYAALAAH.
Boleh tak aku jadi NOVELIS? KARYA AKU SENDIRI.